PENCEMARAN ALAM SEKITAR



Assalamualaikum w.r.t.

Buat pembaca sekalian, saya sangat terbuka untuk menerima sebarang cadangan, komentar dan juga pertanyaan berdasarkan penulisan saya berdasarkan isu yang melibatkan alam sekitar. Penulisan ini didorong oleh rasa cinta saya terhadap dunia penulisan dan pendedahan saya sebagai mahasiswa kejuruteraan yang menuntut untuk saya menelaah isu alam sekitar.

Suka saya berkongsi dengan anda, bahawa alam ini adalah milik dan hak setiap insan termasuklah hak generasi mendatang. Semakin rakus tangan kita mengejar pembangunan dengan merosakkan alam sekitar, semakin berkuranglah hak yang kita tinggalkan untuk generasi mendatang untuk menikmati keindahan alam semesta.




JENIS PENCEMARAN ALAM


Tahun demi tahun, kita menyaksikan isu pencemaran alam tidak pernah ada kesudahannya. Namun, kita sebagai manusia seolah-olah tidak belajar melalui kesilapan bahawa kitalah sebenyarnya menjadi punca terhadap pencemaran. Secara umum, pencemaran alam dibahagikan kepada 6 jenis pencemaran iaitu :

  • pencemaran udara, 
  • pencemaran tanah, 
  • pencemaran bunyi, 
  • pencemaran cahaya, 
  • pencemaran air, 
  • pencemaran visual, dan
  • pencemaran suhu. 
Pencemaran Udara;

Pencemaran udara adalah pencemaran yang berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti pembebasan gas bertoksik daripada industri atau kilang, pembebasan gas merbahaya melalui melalui pembakaran bahan bakar seperti diesel dan petroleum, dan penggunaan CFC sebagai penghawa dingin. Selain itu pembakaran terbuka juga merupakan salah satu faktor utama pencemaran udara di mana karbon dioksida dan karbon monoksida dibebaskan ke udara serta merta. Pencemaran udara yang serius yang pernah melanda negara kita ialah fenomena jerebu.

Pencemaran tanah;

Kebiasaanya, pencemaran tanah berlaku disebabkan oleh penggunaan baja kimia dalam industri pertanian. Bahan kimia yang terlarut dalam tanah menyebabkan kesuburan tanah terganggu. Pelaksanaan pusat pelupasan sampah di sesuatu kawasan menyaksikan pencemaran tanah paling dasyat dek kerana sikap kita yang membuang sampah secara tidak terkawal.


Pencemaran bunyi;

Pencemaran bunyi pula diakibatkan oleh bunyi berlebihan yang dihasilkan melalui pengangkutan awam darat 

Pencemaran cahaya;

Kemajuan yang dibanggakan sebenarnya banyak mengundang musibah. Pancaran cahaya yang berlebihan melalui sistem pencahayaan lampu yang berwarna - warni yang menghiasi bandar - bandar besar khususnya di waktu malam merupakan salah satu penyebab berlakunya pencemaran cahaya. Di samping itu, pencahayaan melalui penggunaan gajet seperti telefon pintar dan komputer pribadi juga merupakan faktoe pencemaran cahaya yang boleh mengundang kerosakan mata.

Pencemaran air;

Pembuangan sisa buangan pepejal, tumpahan minyak daripada kapal, pengaliran sisa kimia daripada industri. Pencemaran air mengundang pelbagai masalah lain seperti kemusnahan hidupan akuatik, berbahaya terhadap kesihatan manusia apabila sumber bekalan air mengandungi bakteria dan  zarah yang merbahaya.

Pencemaran visual;

Paparan pengiklanan di bandar-bandar merupakan antara penyebab pemandangan visual berlaku. Kebanjiran papan iklan dalam bentuk digital mahupan gegantung mencacatkan permandangan di ibu kota mahupun pekan-pekan. Bukan itu sahaja, hari ini kita melihat di mana berlakunya gejala vandalisma yang tidak bertamadun yang bukan sahaja mencacatkan bangunan tetapi juga dihiasi dengan kata-kata kesat dan lucah.

Pencemaran suhu;

Pencemaran suhu pula merupakan fenomena yang terjadi akibat pemanasan global. Antara faktor yang menyebabkan pemanasan global ialah kesan rumah hijau dan pembersihan hutan untuk aktiviti pembalakan. Pembangunan pesat yang memaksa penerokaan tanah secara meluas telah menyababkan bumi kita semakin kekurangan tumbuhan hijau sebagai agen penyejuk suhu bumi. Secara saintifiknya, tumbuhan hijau mampu menyejukkan suhu alam sekitar disebabkan proses sintesis tumbuh-tumbuhan yang meghasilkan gas osigen. Bukan itu sahaja, gas osigen juga penting untuk sistem pernafasan manusia dan haiwan.

Hakikatnya pencemaran alam ini amat membimbangkan masyarakat dunia. Ia bukan hanya mendatangkan kesan kepada manusia, malah hidupan - hidupan lain juga. Kalau bukan kita yang menggalas bahu menjaga alam sekitar, siapa lagi yang diharapkan untuk memegang tanggungjawab ini? Semua daripada kita harus bersatu dan senada dalam menjaga dan memulihara alam sekitar. 

Ulasan